Meskipun Ahmad telah berguru dengan beberapa orang ahli sufi yang terkenal dan telah menerima tareqat mereka masing2, namun beliau nampaknya tidak lekas hanyut dalam pelbagai ajaran tareqat tersebut. Contohnya dapat dilihat kepada suatu peristiwa yang terjadi antara beliau dengan seorang syeikh dan ahli sufi, yang juga terkenal di Moroko pada waktu itu. Ahli sufi yang di maksudkan ialah al-Arabi al-Darqawi, yang mempunyai ramai muridnya, di samping Ahmad bin Idris sendiri. Pada suatu hari ketika syeikh itu sedang mengajar murid-muridnya yang sedang mengelilinginya, tiba2 beliau berdiri sambil bertelanjang dan menudingkan jarinya kepada Ahmad sambil berkata, "Tengok seorang suci, yang tidak sama dengan qhawth yang lain dan seorang qutb, tidak sama dengan aqtab yang lain." Ahmad segera mengalihkan pandangannya ke arah lain, lalu membuka jubah yang dipakainya dan kemudian dicampakkan kepada gurunya itu. Sejak itu, syeikh tareqat tersebut tidak pernah bertelanjang lagi.
Gambar Sayyid Muhammad bin 'Ali as Sanusi al Hasani RA, murid dan khalifah terawal al Imam Sayyid Ahmad bin Idris al Hasani al Maghribi RA.
No comments:
Post a Comment