Tuesday, February 8, 2011

Aku dan monolog...

Siapakah aku,
Apa matlamat hidupku,
Apa tujuan sebenar hidupku,
Apa keinginan hidupku.
Namun,
aku masih lara dalam meniti arus hidup,
sering terlalai dalam menunaikan tanggungjawab kepadaNYA,
sering alpa dengan tanggungjawab kepada yang terCINTA.
Sedarlah,
Aku hanya menumpang di bumiNYA,
memakan dan meminjam segala pemberianNYA,
aku harus kembali kepadaNYA.
Kerana,
Aku tidak eksistensi di dunia ini,
yang wujud dan yang baqa hanya DIA.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...