Ibnu Arabi dilahirkan di Murcia, iaitu pada 27hb Julai 1165 (17 Ramadan 560). Keluarga beliau keturunannya berasal dari salah satu keluarga tertua di Sepanyol Muslim Dari kecil lagi beliau suka memburu, dan kemudiannya bermain-main sebagai seorang tentera.
Tidak ada apa yang dapat meramalkan kehidupan remaja ini, tiba-tiba berubah dengan radikalnya. Ibnu Arabi memperikan dirinya sebagai seorang anak belasan tahun yang belum pun tumbuh jambang, tetapi sudah dianugerahkan ilmu ladunni yang mencerahkan sejak dari khawatnya ketika berusia sekitar lima belas tahun.
Dia telah membuat keputusan: dia memilih Tuhan. Remaja ini meninggalkan segalanya, tentera, teman-temannya dan kekayaan. Dia menjauhkan diri dari dunia - ke dalam gua di tengah-tengah perkuburan, dan mengikut ahli riwayatnya - untuk bersemuka dengan Keabadian.
"Aku bermula penyembunyian itu sebelum matahari terbit dan menerima pencerahan sebelum subuh [...] Aku kekal di situ selama empat belas bulan lamanya, dan mula dianugerahi rahsia yang aku akan tulis kemudiannya; berkenaan pembukaan spiritual aku, pada waktu itu, ia seperti koyakan yang membahagiakan."
No comments:
Post a Comment