Wa ade sejarah silam sikit, wa nak cakap pun rase segan tapi wa hendak jujur dengan para pembaca sekalian. Sejarahnya bermula apabila wa di bawa pergi oleh abang wa berjumpa seorang ustaz Tareqat Dusuqiyah Muhammadiah. Kalau wa nak cerita tentang tareqat nie panjang, para pembaca boleh search kat google tentang tareqat nie. Di ringkaskan cerita wa pon ambik baiah dengan ustaz tareqat tersebut, setelah di baiahkan wa wajib mengamalkan wirid tareqat tersebut. Wirid nya perlu di lakukan sebanyak 2 kali sehari, selepas subuh hingga maghrib dan selepas asar sampai sebelum subuh, Wa wajib berzikir sebanyak 700 kali pada setiap sesi tersebut. Setelah seminggu lebih asyik mengamalkan wirid tersebut, wa telah mengalami fana iaitu hancur lebur diri, tidak dapat memikirkan sesuatu kecuali Allah. Fana ialah istilah tasawwuf dalam bahasa kasar iaitu gila, bukan gila biasa tetapi gila kepada Allah. Pada masa itu wa tidak boleh berfikir secara normal kerana wa hanya memandang Dia sahaja. 'Pandang semua balik kepada Satu, pandang yang Satu balik kepada semua'...., disini maksudnya bila wa pandang sekeliling wa asyik teringatkan Allah, bila teringatkan Allah wa pergi kepada semua, semua disini ialah benda ciptaanNya. Wa hanya mampu berzikir sahaja pada masa tersebut, wa tak mampu memirkan benda selain dari Dia. Pada pandangan umum, masa tu wa bukan normal agi, kelakuan seperti orang hilang akal... tetapi pada masa tu wa hanya mampu memikirkan Dia, hanya Dia. Akhirnya dengan izin Allah s.w.t, wa pon pergi berjumpa Tok Ayah Haji Mat Lundang Paku, beliau telah mengajak wa menyertai tareqat Muhammadiah dan meminta wa meninggalkan tareqat yang lama. Tok ayah ni sangat berumur orangnya dan mempunyai banyak pengalaman dalam ketuhanan ini. Setahu wa, tok ayah ni berumur lebih kurang 100 tahun lebih, Wa rasa bersyukur kerana dapat berguru dengan tok ayah ni, kerana tok ayah ni diberitakan telah mencapai tahap 'mursyid' atau dalam bahasa kelantan nya ialah tempat orang meminta nasihat....
p.s: akan bersambung
penulis blog Jiwa Sufi
salam tuan..boleh saya tahu...bagaimana nak jumpa Tok Ayah Hj. Mat Lundang Paku..alamat ke...contact no ke?
ReplyDeleteterima kasih ye tuan
-ismiza-