Antara sahabat seguru yang bermuzakarah pada malam ahad lalu.
Monday, February 21, 2011
Bila ahli sufi bermuzakarah di restoran.
Pada sabtu yang lepas, ketika wa balik ke kampung, wa telah berpakat ngan sahabat2 seguru untuk makan2 di salah sebuah restoran di KB Mall, di Kota Bharu. Hajatnya nak panggil semua sahabat2 seguru yang lama tak bertemu mata, akhirnya yang dapat keluar hanya empat orang sahaja termasuk wa. Bila sahabat sepondok bertemu, banyak la bab ketuhanan yang dibicarakan.... Antaranya yang paling isu yang paling pokok ialah bagaimana kita hendak istiqamah dalam beramal kepada Nya. Antara pendapat yang di utarakan ialah, kita budak2 pondok lundang paku hendaklah tinggal di pondok selama 40 hari. Selama 40 hari tu, kita budak2 pondok akan melakukan yang di ajarkan oleh Tok Ayah. Antaranya, kena bangun sebelum subuh, paling elok sejam sebelum subuh. Kalau kita bangun awal sejam, sekurang kurangnya kita boleh melakukan tahajjud, sunat taubat, sunat witir dan bermunajat kepada Kekasih pada waktu yang paling afdal bermunajat, iaitu 1/3 malam, kerana pada waktu inilah dibukakan semua pintu langit dan banyak para malaikat turun ke bumi untuk melihat hamba Nya yang soleh bermunajat dan sekaligus jika sang hamba berdoa pada waktu tersebut berkemungkinan doanya akan makbul kerana para malaikat turut meng amin kan doa sang hamba. Pada waktu tersebut lah sangat sesuai untuk bermunajat yakni pada 1/3 malam, kerana waktu orang sedang enak melayari tidur dengan mimpi yang indah. Selama 40 hari di pondok, kita juga dapat solat berjemaah sambil sempat dengan takbir ratul u'laa, sempat berzikir secara berjemaah dan yang paling penting mendapat tunjuk ajar Tok Ayah sendiri. Adat berguru kita kena sentiasa meminta pandangan guru selain guru boleh menegur dan membimbing kita ke jalan yang satu yakni jalan yang diredhai Nya. Itulah antara pendapat yang di utarakan.. Wassalam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment