umat akhir zaman yang paling kental semangat jihad berada si sekeliling Al-Quds
Friday, February 11, 2011
Ambo Dan Para Sahabatku
Ambo sangat bersyukur kerana mempunyai ramai sahabat. Kenapa ambo memanggil semua kenalanku sahabat kerana ambo teringat hadis Rasulullah s.a.w. Pada zaman Rasulullah s.a.w semua yang hidup pada zaman Baginda di panggil sahabat, dan umat akhir zaman dipanggil saudara. Sahabat Rasulullah s.a.w mulia dan kita di larang mengata atau komplain para sahabat Rasulullah s.a.w, tetapi umat akhir zaman lebih mulia dari para sahabat kerana umat akhir zaman tidak pernah melihat wajah Rasulullah s.a.w yang mulia itu dan umat akhir zaman melakukan apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. Atas sebab itulah umat akhir zaman lebih mulia dari para sahabat Rasulullah s.a.w. Kita sepatutnya bersyukur dengan anugerah tersebut. Ambo rasa bersyukur kerana di kurniakan oleh Allah s.wt sahabat yang boleh menegur dan membimbing diri ini. Terima kasih untuk para sahabatku, hanya Dia sahaja yang mampu membalas jasa baik kalian. Barakallah!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment