sufism art.
Thursday, February 24, 2011
Bagaimana Nak Memilih Antara Dua Cinta?
Semua orang akan jatuh cinta sama ada pada makhluk Dia atau pada Dia.Amat mudah jatuh cinta pada makhluk dan amat susah untuk jatuh cinta pada Maha Pencinta. Bila kita bersua dengan seseorang kita akan jatuh cinta padanya tak kiralah cinta atas sebab rupa, tingkah laku dan apa jua. Dan soalnya sekarang bagaimana kita nak jatuh cinta pada Dia sedangkan kita tidak pernah mengenali dan melihat Dia? Yang pasti para darwish, sufi, salik, ahli ibadat dan para solehin akan jatuh cinta bila mereka merasai nikmat dalam melakukan ibadat yang disuruh Nya, lantas mereka akan mengejar cinta sejati ini biarpun setiap kali mereka cuba untuk meraih cinta tersebut pelbagai halangan yang ditempuhi. Bukan mudah untuk mendapatkan cinta biarpun cinta dari makhluk atau cinta pada Khaliq. Bagaimana boleh wujud dua cinta dalam satu jiwa? Sedangkan jiwa akan dapat di isi oleh satu cinta pada satu2 masa. Hal ini pernah di alami oleh wali terdahulu iaitu Ibrahim Bin Adham. Oleh kerana beliau ternampak anaknya sewaktu menziarah Makkah Al Mukarramah, timbul kembali rasa cinta pada pada anak dan isteri yang ditinggalkan sekian lama. Dalam masa yang sama, ada suara yang terngiang di telinga Ibrahim bin Adham yang mengatakan." bagaimana kamu mengatakan kamu cinta pada Allah sedangkan di hati kamu masih wujud rasa cinta kepada selain Nya", lantas Ibrahim bin Adham pun berdoa ke hadrat Ilahi supaya mematikan anak kesayangannya itu hanya untuk beliau menempatkan di hatinya cinta Allah. Allah s.w.t mematikan anaknya di hadapan beliau dan beliau menangis sedih dan syukur, sedih kerana anaknya pergi kerana cinta beliau pada Allah dan syukur kerana beliau masih dapat menempatkan cinta Allah di hatinya itu. Namun bolehkah kita menempuh keadaan seperti Ibrahim bin Adham itu?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment